ads

readbud - get paid to read and rate articles

July 3, 2010

KEKOSONGAN TUGAS PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SISWA (PPKS)DI UNIVERSITI MALAYA

Pelajar Universiti Malaya yang berkelayakan, proaktif dan kamoted adalah dipelawa untuk mengisi jawatan berikut di bawah Program Pembangunan Kemahiran Siswa (PPKS) di Fakulti Pendidikan dan Pejabat Kluster Penyelidikan.


1. FAKULTI PENDIDIKAN (3 KEKOSONGAN)

PTj: Fakulti Pendidikan
Bidang Tugas : Pembantu Pusat Sumber
Kriteria Petugas: Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
Jenis Pelantikan: Sepenuh Masa & Separuh Masa

Senarai tugas
1. Menjalankan urusan pinjaman & pemulangan buku di Pusat Sumber
2. Menyediakan & Menyusun fail-fail dalaman pusat sumber
3. Menjalankan tugas-tugas pengkeranian
4. Menjalankan pencarian rekod harian, katalog atau bibliografi
5. Mengenalpasti kertas-kertas projek/ disertasi/tesis untuk disimpan atau dilupuskan
6. Meletakkan bahan yang telah dikeluarkan

Tempoh Tugasan :
Julai hingga Disember 2010



2. PEJABAT KLUSTER PENYELIDIKAN (1 KEKOSONGAN)


PTj: Pejabat Kluster Penyelidikan
Bidang Tugas : Pembantu Perkeranian
Kriteria Petugas: Dikhaskan kepada pelajar  dari fakulti:
  • Fakulti Sains
  • Fakulti Kejuruteraan
  • Fakulti Perubatan
  • Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
Jenis Pelantikan: Separuh Masa

Senarai tugas
1. Mengemaskini maklumat dalam pengkalan data bagi Kluster Sustainability Science (SuSci)
2. Membantu dalam mengurus dan mengemaskini laman web SuSci
3. Menjalankan tugas-tugas perkeranian

Tempoh Tugasan :
Sepanjang Semester II (2010/2011)


Kepada pelajar yang berminat untuk bertugas sebagai petugas PPKS, sila kemukakan borang permohonan yang lengkap diisi kepada SEKSYEN KAUNSELING,KERJAYA & OKU UNIVERSITI MALAYA sebelum atau pada 14 Julai 2010 (Rabu). Borang permohonan boleh di muat turun daripada laman portal pelajar www.umsisweb.um.edu.my  atau boleh diambil di Seksyen Kaunseling, Kerjaya & OKU, Aras 1 Blok D, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya

Kekosongan jawatan adalah terhad. Syarat permohonan dan bayaran honorarium petugas adalah seperti yang dinyatakan dalam maklumat PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SISWA (PPKS) di Universiti Malaya. Dimaklumkan bahawa permohonan yang lewat tidak akan dilayan.

Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

SEKSYEN KAUNSELING, KERJAYA & OKU
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
UNIVERSITI MALAYA
Tel: 03-79673322/3342
Faks: 03-79673512

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails